Ha, dah habis berpencak politik semua kan. sekarang giliran untuk sambung penulisan. sebab politik baru melabuhkan tirai, jadi aku coret sikit pasal politik. tak banyak pun, tapi aku anggap penting.
ada di antara kawan aku dari PH yang terlalu seronok dengan kemenangan(btw aku tak sokong BN ye) sampai jadi agak sensitif untuk bercakap benda yang agak bertentangan dengan kegembiraan mereka. member2 aku semacam tetiba bersikap defensif bila aku cakap kebimbangan aku pasal kerajaan baru kita ni. tanpa niat untuk bercakap negatif pasal kerajaan baru ni, aku macam agak laid back untuk sambung perbincangan dengan dorg.
ye, apa yang aku concern dengan kerajaan baru ni mungkin satu yang halus dan boleh buatkan orang terus terasa kot. aku risau pasal komposisi penganut agama dan idelogy mereka yang berada dalamkerajaan sekarang iaitu kerajaan PH.
walaupun aku tahu ramai MP Muslim lebih dari seratu orang yang aku harap dapat menjadi tunjang utama hal hal kepentingan utama berkaitan agama Islam, tapi dalam kerajaan baru majority ahli MP adalah non muslims. aku bukan seorang yang racist untuk mempersoalkan vokal bangsa lain dalam parlimen, tapi aku bimbang ideology yang halus diterapkan dalam pemerintahan negara. antaranya mungkin dasar yang bertentangan dengan hal ehwal ugama Islam(walaupun sebelum ni pun macam 2x5 je). tapi aku harap aku sorang je yang mungkin orang kta pranoid dengan semua ni.
apa apa pun aku berserah kepada yang maha berkuasa untuk menjaga kita semua, dan aku harap mp muslim boleh main peranan dalam menjaga kepentingan kaum muslim dalam Malaysia
No comments:
Post a Comment